Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.
Aku bukanlah seorang penulis yang hebat bermadah pujangga. Jua aku bukanlah seorang bijak bicara.Aku hanyalah insan biasa yang ingin menumpang di sudut dunia untuk Mencari ketenangan...sebelum sampai waktu aku pergi jua............

Thursday, January 24, 2013

Jeragat dan pengalaman mak sy ~!!!

Salam untuk semua.....

Penafian: Saya bukanlah pakar dalam bidang ubat-ubatan dan perubatan....sy hanya dapat berikan review berdasarkan pengalaman mak saya...justeru saya nasihatkan pembaca dapatkan nasihat daripada pakar kulit/dermatologi utk rawat masalah jeragat dahulu ok!

Di sini saya nak berkongsi pengalaman mak saya sendiri...

Saya tak boleh katakan produk2 ini sangat berkesan...tapi alhamdulillah ada perubahan positif pada jeragat pada kulit mak saya...

Jadi saya rasa tidak ada salahnya untuk saya cerita di sini, mana lah tahu dapat membantu orang lain yang buntu nak pakai produk apa....

Sebelum saya cerita lebih lanjut jom baca serba sedikit mengenai jeragat dulu....

Jeragat

Jeragat.........dalam pembacaan, setahu saya jeragat atau di kenali juga sebagai pigmentasi ini tak ada ubat yang dapat hilangkan.....belum ada ubat yang benar2 dapat hilangkan jeragat

Jadi sebab tu lah penting bagi kita mengelak dari terkena jeragat.

Jeragat ni bukan luaran je....dia adalah proses yang berlaku dari bawah kulit kita....jadi agak sukar membendung pembentukan jeragat ni....

Lebih2 lagi cuaca di negara kita yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari, jadi amat berbahaya jika kita tidak melindungi kulit kita daripada sinaran UV

hasil carian google

Jeragat ni membuatkan sesiapa sahaja akan rasa rendah diri....yela, bak kata orang tak cantik tak apa yang penting kulit bersih dan cantik pun boleh buat kita nampak cantik. tak perlu nak pakai make up bagai.


Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah.Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.

Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:
  • Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
  • Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma".
  • Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat.
  • Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.
  • Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya. 

hasil carian google

Punca jeragat yang terjadi pada mak saya yang mungkin berkaitan iaitu:
  • Mungkin penggunaan produk kecantikan muka suatu ketika dulu mak saya pernah pakai CITRA AYU, yang berkemungkinan mengandungi kandungan hidrokinon yang tinggi yang menyebabkan kulit mengelupas. Ya, masa tu memang kulit mak saya memang cantik, putih kemerah-merahan siapa yang tak nak. Tapi tu lah orang kata, nak pakai apa pun kita kene selidik dulu bahan yang terdapat dalam produk, dan fikirkan kesan pada masa akan datang. Bila kulit mengelupas, jadi kulit akan semakin nipis, sensitif dan berbahaya jika terdedah kepada pancaran cahaya matahari (sinar UV).
  • Masalah hormon yang di alami dan mak saya telah mengambil sejenis ubat hormon yang mak saya tak tahu kesannya boleh menyebabkan jeragat pada masa akan datang.

Pertamanya, keluarga saya bukan keluarga yang kaya dan senang jadi tak berapa mampu untuk dapatkan rawatan dari Dr/pakar kulit.

Jeragat ni dia tak terbentuk terus2 nampak hitam di muka...dia berperingkat2...semakin lama semakin gelap...pada awalnya bermula dengan hanya ada bintik2 hitam... kalau tak tgk betul2 tak perasan pun tapi lama2 semakin jelas sampai saudara start tegur bila tgk mak dah buang make up.

Jadi mak saya mula rasa rendah diri, rasa tak yakin dan malu kalau tak make up.

Macam2 usaha yang mak saya dah lakukan, macam2 produk dah guna untuk hilangkan jeragat.

Orang cakap jeragat boleh hilang dengan laser, jadi mak sy dah cuba pergi ke salah satu cawangan Dr Murad untuk laser. Bukan kata rawatan laser dan Dr Murad ni tak bagus tp sebab yang cawangan yang mak saya pergi tu, perawat tu pun nampak macam tak berpengalaman. Mak saya rasa sakit dan serik sebab tak rasa efektif pun rawatan di situ.

Malah dah juga ke New York Skin Solution....sampai tempoh setahun, duit pun dah banyak terlabur beribu2 (dalam 17 k jugak la)....walaupun keluarga saya bukan kaya tp duit boleh terlabur dengan banyak sebab keluar sikit2 bukan sekaligus , tiap2 kali mesti ada benda baru kena beli dan tambah...kdg2 bila duit mak tak cukup sy kesian dan top up pakai duit sy, duit saya pula duit JPA biasiswa sy (sy ni jenis tak kuat belanja jadi boleh simpan duit).... da beribu2 duit habis pun masih tak dapat hilangkan tp cuma pudar sedikit. Jadi akhirnya mak saya berhenti....sbb dah tak nak membazirkan duit lagi...(bankrap kalau lama2)...

Bila fikir2, lebih baik la kalau awal2 jumpa pakar terus. tak ada lah terlabur duit sia2 saja...duit yg beribu2 tu dah boleh buat rawatan pakar dah pun.

Mula2, mak saya tak berani nak cuba produk2 muka, takut ada yang mengelupas ke atau tanpa kelulusan kementerian/ biro farmasi. Takut lagi rosak pula kulit. Sebenarnya saya yang tak bagi mak saya pakai sebarangan, sebab saya pun takut jugak. Jadi mak saya cuba produk makan. Macam2 dah telan... asalkan kata bagus untuk kulit dan jeragat dan ada kelulusan kementerian kesihatan (jangan sebarangan ok). 

Pynocare pun dah cuba. Sebenarnya Pynocare pun ada kesan positif. Memang nampak kesan lepas makan tapi mak saya berhenti makan hanya sebab cara dia bertindak, bermula dengan memutihkan kulit di bahagian mata...jadi bila jeragat gelap di kawasan lain, jadi macam goggle....hehe. Mungkin mak saya je kot jadi macam tu, orang lain mungkin tak. Macam kawan saya walaupun kulit die elok dia makan Pynocare tapi takda jadi macam tu pun....Sebab lain mungkin sebab harga agak mahal


Jadi berhenti sebab tu je la....tak tahu nak kata berkesan ke tak sebab tak teruskan lagi.....mungkin kalau berterusan makan berkesan kot....mungkin mungkin mungkin......

lepas tu tak ada cuba apa2 dah....cuma tutup jeragat dengan make up. tapi mak saya tak suka make up 24 jam. memang leceh....mak saya impikan untuk jadi macam dulu......kulit yang bersih, hanya make up yang nipis dan ringkas saja.....

Tapi sebab ada jeragat, kalau tak make up rasa macam tak cukup, tak yakin dan rendah diri.....

Jadi terpaksa tutup jeragat dengan concealer saja.

Selepas tu ada kawan mak syorkan kapsul himalaya neem sebab dia nampak perubahan positif pada jeragat kakak dia.

Kapsul Neem Himalaya

Dan selepas mak saya dah sebulan makan Himalaya pure herbs neem, alhamdulillah nampak ada perubahan positif.. dah ada yang tegur jeragat nampak pudar sedikit...

Di bawah ni ada gmbar sebelum dan selepas....Maaf tak da gambar yang betul2 sebelum makan kapsul neem ni, sebenarnya sebelum tu pun ada perubahan juga.....

Maaf gambar selepas ada pancaran flash (susah nak dapat kualiti cahaya yang sama!), harap boleh nmpak perbezaan ya
Selain itu, mak saya ada perasan yang kulit kawan dia tu dah macam ada petanda nak bentuk jeragat. jadi, mak saya pun cadangkan makan neem berdasarkan pengalaman mak dan lepas tu kawan dia cakap terima kasih sebab jeragat dia tu  nampak mcm ada penambahbaikan/improvement.

*Produk ni bukanlah ubat tapi makanan tambahan/ suppleement

Produk ni 100% daripada tumbuhan. Elok untuk penambahbaikan kulit dan masalah  jerawat. Produk ini bertindak untuk memperbaiki kulit dan mencuci organ pencernaan.

hasil carian google

Neem ni adalah pokok semambu...Dalam masyarakat kita, daun pokok semambu digunakan sebagai petua untuk chicken pox dan banyak kajian di lakukan daun neem ni terbukti bagus untuk masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.

Nak baca lagi tentang produk ni?
klik sini http://www.himalayahealthcare.com/products/pharmaceuticals/neem.htm

Halal tak?
In sya ALLAH halal...dekat Facebook produk Himalaya Malaysia ada sertakan Sijil Halal kapsul produk Himalaya dari negara india (Himalaya ni produk dari India tau) iaitu Halal Committee-Jamiat-Ulama-E-Maharashtra, salah satu daripada senarai Badan islam yang diiktiraf Jakim....

Masa saya ambil kelas Falsafah Halal kat fakulti sem lepas...yang saya belajar mana2 produk keluaran luar negara, pensijilan halal pun dari negara asal la....cuma perlu tengok samada Jakim iktiraf atau tak.
*Untuk makluman kalau kita makan ubat terutamanya suppleement (bukan ubat untuk keadaan darurat) penting untuk tengok sumber soft gel/kapsul samada tumbuh-tumbuhan atau  terutamanya kalau tertera perkataan Gelatin. Sebabnya Gelatin datang dari sumber samada porcine (babi) dan bovine (lembu). Untuk sumber bovine (lembu) pun ada keraguannya.....samada sembelih ikut syarak atau tak.....Kebanyakan ubat suppleement ni dari luar negara...jadi sila berhati2 dan check di website produk2 tersebut! 

Di mana nak dapatkan produk ni??
Setahu saya produk rangkaian Himalaya ni banyak je terdapat kat mana2 kedai farmasi macam Watson dan Guardian. Tapi nak lagi senang, cari di link ni facebook produk himalaya malaysia, insyaALLAH ada...... 

Harga?
Dalam Rm 30 ++  atau 40 ++

*Kadang2 harga berbeza di Watson, Guardian dan farmasi2 lain. Jadilah pembeli yang bijak, bandingkan harga dengan tempat lain.
Kalau beli dekat butik Himalaya dan jadi member mungkin boleh dapat murah...

Walaupun saya tak ada masalah jerawat dan jeragat pun saya makan ubat ni. Mak cakap nanti kulit lagi elok...in sya ALLAH....
Saya tak pasti produk yang mana saya pakai, tapi kebelakangan ni ada orang puji kulit saya nampak sihat, gebu dan berseri.....seingat saya, saya hanya pakai Safi Balqis Perfect 10 (sebab nak pencuci muka yang halal), makan dan buat mask kolagen rumpai laut/ pure marine collagen (hangat2 taik ayam...lame da stop....ehehe), makan Evening Primrose Oil (EPO) brand blackmores (ni bagus untuk kesihatan perempuan dan saya dah check ada sijil halal yang diiktiraf jakim) dan makan kapsul  neem da masuk botol ke 2....saya rasa mungkin makan neem dan EPO ni buat kulit saya nampak cantik (mak pun cakap macam tu).....alhamdulillah.....
Baru2 ni saya ada jumpa review di internet yang mencadangkan untuk makan herba produk Himalaya seperti Purim dan Manjishtha untuk merawat jeragat. Jadi saya tanyakan di facebook Himalaya, yang mana lagi baik....jawapan yang saya dapat >> Boleh makan yang mana2 satu..sebab semua pun bagus  untuk PENAMBAHBAIKAN kulit (bukan ubat ya). Jadi akan terus setia dengan neem dulu kot...



PYNOCARE 

Lagi satu boleh juga cuba produk Pynocare....


Produk ni memang di khususkan untuk jeragat/pigmentasi

Macam saya dah cerita di atas, mak saya pernah cuba dan memang ada kesan positif. Malah rasanya lagi cepat bertindak berbanding neem...tapi mak saya makan sekejap saja sebab cara dia bertindak bermula dari kawasan mata....bila kawasan mata nampak lagi putih dari kawasan lain, dah nampak macam goggle...lepas beberapa org tegur terus mak saya berhenti makan sebab takut bertambah menonjol kawasan mata.

Ini hanya sekadar perasaan/ kerisauan mak saya saja la....

Sebab dah berhenti separuh jalan jadi tak tahu samada  pynocare ni betul2 dapat membantu masalah pigmentasi atau tidak. Tapi kalau berdasarkan testimoni produk ini, ada yang kata produk ni menambahbaik masalah pigmentasi.

Jadi minta maaflah, untuk pertanyaan dan komen lanjut tentang pynocare, harga dan sebagainya memang saya tak dapat nak bantu pembaca-pembaca sekalian. Tapi seingat saya harga agak mahal.

*tolong selidik produk2 yang saya cadangkan ini betul2 dan tanya pendapat pakar kulit dulu ya.
..........................................................................

Mak saya selalu nasihat jangan pakai produk kecantikan sebarangan....mungkin sekarang nampak halus mulus, meletop kau memang da bomb....tapi akan datang???lebih2 lagi elakkan produk yang mengelupas....nanti kulit semakin nipis dan bahaya kalau terdedah dengan pancaran matahari (sinar UV). Kalau ambil ubat hormon pun tanya pada Doktor ada kesan sampingan atau tak. Kalau boleh kalau dah berkahwin, pil perancang pun elakkan sebab kawan mak ada jeragat berkemungkinan sebab ambil pil perancang.

**Penting untuk pakai sunblock/sunscreen untuk cuaca kita yang panas terik ni....pakailah SPF 50 ke atas.....terutamanya yang ada jeragat sebab jeragat akan lebih banyak kalau tak lindung kulit dari pancaran matahari.
__________________________________________________________________________

*Saya ada baca jugak dermatologi ada cakap yang rawatan jeragat ni bergantung jugak kepada individu....hasil mungkin berbeza untuk setiap individu....ada rawatan yang berkesan ada yang tak berkesan dan jeragat selalunya tidak boleh hilang, hanya dapat pudarkan....

*Sehingga kini masalah jeragat pada wajah mak sy masih ada tapi lebih pudar dari sebelumnya.

Saya harap pembaca yang mengalami masalah jeragat dan buntu, mungkin boleh cuba produk2 yang saya dah beritahu berdasarkan pengalaman mak saya sebagai ikhtiar/ alternatif sbb produk2 tu bukan la ubat tp lebih kepada makanan tambahan/ suppleement....bukan satu penyelesai masalah tapi sebagai salah satu ikhtiar

Tapi saya igtkan sekali lagi yang saya bukanlah pakar dalam bidang ubat-ubatan dan perubatan....sy hanya berikan review berdasarkan pengalaman mak saya...justeru saya nasihatkan pembaca dapatkan nasihat daripada pakar kulit/dermatologi utk rawat masalah jeragat.

Kesimpulannya, sy seru pada pembaca berjumpalah dengan pakar kulit yg diiktiraf dulu untuk rawatan jeragat sbb sebenarnya kalau dikira semula dengan kos2 beli brg itu brg ini totalnya  mungkin sama saja dengan rawatan yg dilakukan dengan pakar kulit....

Sekian terima kasih

Klik di sini untuk tahu rawatan2 daripada dermatologi:

Sekian saja, terima kasih kerana sudi membaca!

65 comments:

  1. Awak,saya nie ade jeragat jugak. kat mana boleh dpt produk nie ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sofiey....

      produk ni ade je dkat kedai2 farmasi macam guardian....selalunya banyak je kedai farmasi lain pun jual produk himalaya ni...nanti cari je botol yang tulis neem(macam dalam gambar yang saya letak tu), sebab himalaya ni banyak jugak produk2 lain....

      btw mak saya masih guna produk ni...n nampak perubahan positif la....makin pudar...hopefully berkesan untuk awak juga ya....

      Delete
    2. cik sofiey, saya rasa saya tersilap....guardian takda semua produk himalaya kot... mak saya beli di kedai farmasi dekat KL...selalunya kedai2 farmasi yang besar sikit ada...kalau nak tahu mana nak cari himalaya ni link nya https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/info

      Delete
    3. HAI, MAU TANYALAH MACAM MANA CARA NAK MAKAN PIL HIMALAH NE?? SDH BELI TAPI X TAU CARA MAU MAKAN.........

      Delete
    4. cara makan? makan sebiji atau 2 biji sehari selepas makan....

      Delete
  2. Hi..masalah ur mom cm my mom jgk...thank bg solution..so,ur mom pnye jragat smakin bkurg la skrg,kan...n u ad sggstion untk sunblock x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi....maaf sangat sbb lambat reply....alhamdulillah ada perubahan walaupun bukan sepenuhnya....makin pudar tp slowly.....saya bukan pakar bab2 kecantikan, amik master pun food biotech (memang takde kene mengena hahah)....ni just share info yang saya tahu....but anyway, mak saya ada jumpa Dermatologist yang cadangkan jenama banana boat....itu je yg saya tahu, harap membantu =)

      Delete
  3. salam .. awk , produk ni ssuai x utk muke jrwat ? sbb sy ade mslh jrwat . respon please . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, maaf sgt lambat balas sbb bz dekat lab...saya ni bukan tau sangat pasal ubat2 sebab mcm saya reply kat komen kat atas, saya amik bidang yang takde kaitan dengan ubat / kecantikan pun....tapi saya banyak baca info2 pasal produk2 yang saya guna....

      Dalam pembacaan saya memang neem ni disarankan kepada yang ada masalah kulit terutamanya jerawat....awk boleh buka laman web produk ni. dekat entry saya tu pun ada saya link kan....mungkin awk boleh cuba sbgai ikhtiar...insyaALLAH....harap dapat membantu masalah awak =)

      Delete
    2. lagi satu produk himalaya ni selain daripada kapsul makan ada juga rangkaian pencuci muka neem yang juga disyorkan untuk orang yang mengalami masalah jerawat....mungkin awk boleh cuba =)

      Sorry ayat agak skema hehehe....

      Delete
  4. hi..mcmne perubahn ur mom ye...sy teruja sgt nie,,sy pon ada maslaah yg sama dgn ur mom..dulu mmg pakai citra ayu pon...heheh sekrg nie i tgh try aura white looks better...tp nak tau la mcm ne ur mom..kalau ok i nak try jugak coz aura white nie nak kene spent rm150 amonth!

    ReplyDelete
  5. hi cik hass....so far jeragat tak de la hilang terus, masih ada tapi ada perubahan sedikit demi sedikit (skema bunyinya)....slowly sbb ni ubat makan so die perbetul dari dalam...sy pun da lama tak ambil gambar sbb bz sgt dekat lab hujung minggu je balik rumah....insyaALLAH nanti ada masa saya upload....mungkin boleh nampak perbezaannya....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis kat farmaso ape leh dapat produk ni dan yang mana satu ubtuk jeragat ek,sebab produk dia ada banyakkan harap di beri bantuan penerangan g ue sis tq

      Delete
    2. Nak tanye satu lagi sis diatas ada di sebut pasal produk phynocare nak tau juga mane nak dapat ek tq,sebab saye sangat teruja bace ni,dah tak tahan ngan jerahat kat muke

      Delete
    3. maaf lambat...pasal farmasi tu saya ada letakkan link di atas....boleh buka facebooknya....kalau tak pun cuba try pg guardian dan watson....sbb selalunya ada juga....tp hage mungkin beza sikit...cuba survey

      Delete
    4. yang pynocare tu sy tak sure pulak....tp cuba tanya dekat farmasi....seingat sy mak saya cari di farmasi....nanti sy balik rumah nanti sy tanya kan...sekarang dekat UPM....

      Delete
    5. Mak saya beli pynocare dekat farmasi dekat dengan kawasan rumah je....myb cik boleh pg survey ke farmasi berdekatan dengan rumah cik...=)

      Delete
    6. saya dah makan pynocare tp yang warna putih..orang cakap kulit nampak lebih berseri-seri

      Delete
    7. alhamdulillah....kawan saya yg mkn pun kulit dia nampak berseri

      Delete
  6. salam..awak , lps baca sy teruja jgk nak bg mak sy try produk tu..blh bgtau brapa harga neem tu..? awak pakai seaweed yg collagen tu ye ? hasilnya menjadi dlm brapa lama..


    ReplyDelete
    Replies
    1. hage neem tu rangenya dalam 30 ++ hingga 40 ++...sbb tu saya kata kene survey antara kedai farmasi....sbb sy pnah pg kedai watson dan guardian sebelah2 tp harga berbeza...mungkin masa tu ada promosi....slalunya jumpa neem harga 40 ++...pasal seaweed collagen tu...untuk yang tak ada masalah muka....lepas buat mask da boleh nampak da hasil die...muka nampak segar....saudara saya pakai dalam 1-2 minggu...memang nampak perbezaan nampak kulit gebu dan cerah sikit....tp terus terang sy da stop...hehe...susah dok asrama tak ada peti ais + pemalas nak amalkan....mak sy still makan....tp sy tak sure perbezaan...salu jumpa tak perasan kot...hehehe

      Delete
  7. Dear, thanks a lot for this post. nnti Sya cr kt pharmacy. mak Sya pon ad prob nih. xtaw nk wat cmne. da try mcm2 tp same je.. thanks again dear

    kLw taw pape facial product yg bagos share la ye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH...kalau ada pape yang baik sy akan share lagi....neem tu sebagai ikhtiar....tak semua berjaya dengan satu ubat...sbb tu saya bagi tajuk alternatif untuk rawatan jeragat(pigmentation)....

      saya ada baca di blog seorang dermatologi ni cakap jeragat tak boleh hilang cuma dapat pudarkan...dan bergantung kepada individu untuk respons untuk sesuatu rawatan....bagi yang tak ada masalah kulit ni, bak kata orang mencegah itu lebih baik...

      apapun kita perlu ikhtiar......tak mudah putus asa (tapi jangan sebarangan ubat la)....

      saya harap neem ni berkesan untuk mak awak juga....=)...

      Delete
  8. saya pun dah beli neem tu...skang ada promosi di watson dalam rm37... tmpat lain rm48....skang nie nak beli skin care pun ta sure lagi...ada cadangan tak sis? sy pun ada masalah jeragat serius

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan??huhu....so far mak saya makan neem tu je.....masih makan belum berputus asa....btw....orang ada jeragat ni digalakkan makan makanan yang ada antioksidan.....amalkan buah2 yang banyak antioksidan....minum air teh hijau ke (green tea) sbb lebih banyak antioksidan....sekarang mak saya amalkan ba bao tea....chinese tea yang baik untuk kesihatan....teh ni ada green tea dan buah2....nampak fresh muka....badan pun tak cepat letih....bila kita makan makanan yang bagus...nanti seri tu naik ke muka....

      setakat tu je la saya tahu....huhu

      Delete
    2. kalau rajin2....baca lah tips2 dekat sini....https://www.facebook.com/klinikdrhasseenah

      Delete
  9. tumpang tanya kalau pregnant blh mkn x ubt ni

    ReplyDelete
  10. Hi, maaf... sy tak dapat nak jawab sebab saya bukan pharmacist yang pakar pasal ubat....puan boleh tanya dekat sini https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia dan sini http://himalayamsia.blogspot.com/ harap membantu

    ReplyDelete
  11. assalam...sya just nak kongsi...saya ada komen 26/5 hari tu...kesan makan neem mmg superb juga..alhamdulillah...saya dah makan nak hampir sebotol...mmg ok...sya rasa jeragat saya dah pudar sikit....tp saya combine makan neem+bwhite+nour ain (skin care...toner bagus untuk jeragat)....sapa nak cuba boleh...muka nampak berseri n lembap semulajadi...cerah jugak...mmg best...so trylah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke?alhamdulillah....yang awak guna skin care tu mmg dah lama ke atau memang serentak makan dengan neem?? so far makan neem bagi sy ok...kalau untuk masalah jerawat pun bgus...untuk jeragat ambil masa sedikit tp perubahan tu ada....insyaALLAH...Apapun semuanya bergantung jugak untuk setiap individu sama ada produk tu sesuai ke tak....

      btw bwhite tu mengelupaskan kulit tak?

      Delete
    2. bwhite tak mengelupas...bwhite produk nurbeutyline....sya mmg suka tu,...yang tu lama gak saya makan...kira sebulan 2kotak ...sbb 1 kotak ada 16 sachet je...yang nourain tu sya cuba seiring dengan neem..kira barulah...hilang semua takdelah...tp taklah macam dulu hitam bintik2 macam tahi lalat...kira skang nie dah merah or coklat cair...tp yang penting melembapkan (ini kesan bwhite - dia mencerahkan n melembab sbb collogen)...

      Delete
    3. yeke, tak mengelupas ok la...teruskan berusaha ok =)!!

      Delete
  12. tank...info ni dapat gak melegakan hati saya ...saya juga punya jeragat ...nak hilangkan mcm2 cara saya buat...hope info ni boleh kurangkan kerunsingan ini.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaALLAH...boleh cuba...harap ada kesan positif pada cik...nak hilang terus mungkin susah lah...berdasarkan pembacaan saya byk dermatologi cakap hilangkan susah tp pudarkan boleh

      Delete
  13. kalu jeragat kulit lelaki apa cer?jeragat yg serius mcm TPM kita dato muyiddin yasin..product naeem blh berkesan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ckp berkesan tu saya ni bukan la pharmacist,mahupun doktor.sy ni cuma bagi cadangan berdasarkan pengalaman mak saya.mungkin boleh cuba...tp macam saya ckp bergantung juga pada individu, ada yang berkesan dan ada yang mungkin tak

      Delete
  14. as-salam... tq sharing info ni.. rasanya wanita yg dh berusia akan mengalami masalah jeragat.. autie pun sama gak... lps terbaca psl info ni terus gi bli neem kat Watson, regenya dlm rm40.. harap2 akan dpt kesan yg positif spt mama eisya.. sebaik2nya jeragat ini dpt dirawat dr luar dan dalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam....sama2...saya harap ada kesan positif jugak pada auntie...memang jeragat kena rawat luar dalam...tapi disebabkan banyak sgt produk dekat pasaran yg tak pasti kandungan kimia dia bahaya ke tak...jadi mak sy tak berani nak cuba apa2....melainkan kalau ada kelulusan kementerian kesihatan/ Biro farmasi

      Delete
  15. Tq for info, sgt berguna untuk mencuba

    ReplyDelete
  16. Untuk yang komen tanya pasal update baru gambar muka mak saya, sy ada komen di akhir entry saya.....harap maaf....

    ReplyDelete
  17. Thanks adik 4 the good info..sharing is caring..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u are most welcome...harap membantu dan tak ada info yg salah...kalau salah harap beri teguran

      Delete
  18. Salam adik,untie nak join juga ni,untie umur dekat 4o dah ,masalah jerawat tiba2 naik dua bulan ni tambah lagi pigmen kat pipi + bekas jerawat,bagus tak untie try neem tu,sebb bemacam dah untie try ni macam mama adik lah duit deras macam air beli semua jenis produck,skrang untie minum produck k-link cloropil + ayurderma baru 1 bln,makan juga family planning yg mengandungi collagen kalau untie campur aje makan neem tu tak apa ka?tq for help

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam...alamak auntie,kalau pasal tanya pendapat saya tu tak berani lah saya kata boleh ke tak.tp setakat yg saya phm neem tu sekadar suppleement.so should be okay la...tp apapun auntie kena tanya juga pada yang pakar....

      Yang pil family planning auntie makan tu jenis yang tak beri effect jeragat ke?sbb kwn mak saya terkena jeragat sebab pil family planning.

      btw auntie baru start makan kan product2 auntie tu, mungkin auntie try dulu sampai tempoh maximum 3/4 bulan (atau seperti yang disyorkan) kalau tak ok barulah stop dan cuba benda lain. sbb takut terlalu banyak sangat product pun takut ada side effect plak...

      tp ini just my 2 cents opinion....saya tak ada kepakaran dalam hal ini...huhu

      Delete
  19. salam eisyabinafsha, tumpang promote sikit la ye. Dr (Dr. Nabisar) pengeluar/pengilang produk2 kecantikan & kesihatan ni. Kalau nak tau lebih lanjut boleh layari laman web www.drnabisar.com atau blog site kami http://drnabisarnatural.blogspot.com/ atau facebook page kami https://www.facebook.com/pages/DR-NABISAR-NATURAL/105478516155468

    ReplyDelete
  20. goog eve nk tanya klau kta mkn ubat neem tapi anak msh menyusu sama ibu blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tiada kepakaran utk jawab soalan ini...cuba tanya pada pegawai farmasi semasa beli

      Delete
  21. salam...kak..sy ade mslh jergt tp cikit je...then skg nmpk mcm timbul bintik2 wrne klbu..ase tkut la....skg sy ade mkn vitmn e..ade suggestion x?? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk....sy kurang pasti yang lain2...tp pakai sunscreen adalah perlu

      Delete
  22. Salam sis.saya masih muda tapi masalah jeragat saya teruk. Tompok hitam smkb btmbh dan makin gelap. Produk ni ssuai tak utk rmaja berumur 18 thn?

    ReplyDelete
  23. One more sis. Boleh bagi cadangan tak skin care yang sesuai utk remaja? Cukup ker kalau saya pakai sunblock je?

    ReplyDelete
  24. salam,product neem himalaya ni ade bg kesan sampingan yg lain x lepas mkn kapsul ni?mksudnye jerawat bertambah je mcm mne? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, segala pertanyaan tentang kesan sampingan, kesesuaian sy tak dapat jawab sbb sy tidak pakar tentang perubatan. bertanyalah pada pakar kulit supaya dapat elak daripada apa2 kemungkinan....cuma semasa mak sy makan tak rasa pula kesan sampingan sbb daun neem/semambu ni hanyalah makanan tambahan.. tp tak tahu pula mungkin boleh beri kesan sampingan pada org lain

      Delete
  25. salam sis....boleh tak kalau saya amik neem skali dgn vit E shaklee utk pudarkan jeragat...
    sbb ade juga yg suggest amik vit E ni.... n selang seli dgn pynocare..tq

    ReplyDelete
  26. salam---thks for info...akak pun ada mslh jeragat mcm mak adik juga..dh bemcm2 prod makan dan pakai tp satupun x berkesan...bila baca story ni akak nk cuba mkn himalya neem mana tahu kot2 sesuai dgn akak...harga pun murah ...x semestinye murah x berkesan dan x semestinya mahal berkesan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ianya hanya suppleement/ makanan tambahan, mungkin berkesan mungkin juga tak tp tak salah mencuba =)

      Delete
  27. Assalamualaikum, maaf saya nak tanya. Cara awak makan neem dengan epo tu. Ada tak jarakkan waktu antara keduanya atau boleh makan kedua-duanya pada masa yang sama? Terima Kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa eloklah bertanya pada yg pakar sbb kalau ikut cr sy mungkin salah....jadi tak berani nak suggest....maaf ya

      Delete
  28. salam.. saya da try neem tp xnmpk apa2 kesan.. & produk himalaya yg lain pown mcm xsesuai dgn saya. skrg nk try pynocare+glow plak.. jerawat x ilg2..mkin btambah.. risau sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke....kalau macam tu stop pengambilan suppleement tu...sbb tu sy nasihat kalau nak makan better tanya pada yg pakar....so far alhamdulillah sy dan mak sy tak ada pula masalah...mungkin lain individu lain kesannya...mungkin tindakbalas badan atau sebagainya....kulit dan badan kita tak sama...jadi kalau rasa tak sesuai stop dan tanya pakar.

      Delete
  29. salam...

    sye pn de mslh yg sme,sye de prob pigmentation kt bwh mata...mmg sgt distract n bg rse xcnfdnt ble nk jpe owg lain..so sye nk share tips tok owg yg alami prob mcm sye...sye suggest try pkai raw shea butter+seed oil+olive oil....iallah boleh krgkn lg prob jeragat tue..so far sye pkai alhamdulillah de nmpk perubahan

    actly kte kne btolkn dlu cara pemakanan sbb mslh jeragat ni bkait rapat dgn pengambilan makanan seharian kita...hope tips ni ley bntu krgkn lg mslh jeragat ur mom ok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana mengomen di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails