Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.
Aku bukanlah seorang penulis yang hebat bermadah pujangga. Jua aku bukanlah seorang bijak bicara.Aku hanyalah insan biasa yang ingin menumpang di sudut dunia untuk Mencari ketenangan...sebelum sampai waktu aku pergi jua............

Friday, March 18, 2011

Bercuti di luar negara dan tips!

Apa itu hobi yang mahal??Ada hobi yang mahal tak??

Saya ada 1 hobi yang mahal....hobi saya iaitu berjalan-jalan atau bercuti atau di sebut juga pergi melancong!

Mahal kah?

Hobi melancong ni sebenarnya bergantunglah kemana tempat yang nak di tuju...kalau dekat maka tak lah mahal.

Disebabkan saya mempunyai hobi melancong ke luar negara...maka sememangnya memerlukan kos yang tinggi untuk tiket penerbangan,tempat tinggal, barang makanan dan souvenir nak beli untuk saudara mara dan kawan-kawan...

Sesetengah orang juga mempunyai hobi yang mahal contohnya main golf, hobi mengumpul barang antik, hobi menambah aksesori kenderaan....bergantunglah kepada minat masing-masing.

Hobi melancong ke luar negara sebenarnya telah terpupuk sejak saya sekolah rendah lagi...lagipun tahi lalat yang berada di tapak kaki ni kata orang-orang tua bermaksud suka berjalan...haha...tak tahu lah betul ke tidak...

Saya bukanlah orang kaya jadi hobi ni agak membebankan juga lah bila fikirkan  fasal kos...disebabkan mak saya merupakan pekerja MAS jadi ada lah kelebihan sedikit berbanding orang lain untuk mempunyai hobi melancong ke luar negara...Sebab pekerja MAS boleh mendapat tiket free of charge termasuk lah anak dan suami...Jadi masalah tiket tak lah terbeban cuma fikirkan kos cukai (tax),kos penginapan, kos makanan, dan kos untuk  travel agensi dan kos-kos lain lah.

Setakat ini saya telah melancong hanya beberapa negara sahaja baru...Medan, Indonesia ( 1993-darjah 3); Cape Town, South Africa (1998-darjah 5); Madinah, Jeddah, Mekah- yang ni bukan kategori berjalan-jalan lah sebab buat umrah (2000-tingkatan 1), Bangkok,Thailand (2003-tingkatan 3), Bern dan Zurich, Switzerland klik untuk entry(2006), dan akhir sekali Istanbul,Turki klik untuk entry (2007), Singapore baru 1st time nak pg padahal sebelah je(2008), Brunei (2009)...

Tiket free MAS ni hanya tanggung kita sampai umur 21 sahaja. Kalau dah habis belajar, dah tak boleh guna lagi. Tapi masih boleh dapat diskaun sebab memang MAS ada bagi peruntukan untuk keluarga staff-staff. Disebabkan saya sambung belajar, sekarang saya masih boleh lagi menggunakan tiket free, cuma hanya sampai umur 25 sahaja (walaupun masih belajar).

Tapi memandangkan saya masih belajar agak sukar lah nak kemana-mana...Semasa nak SPM pun ada jarak juga la tak melancong kemana-mana sebab masa tu nak buat persediaan untuk peperiksaan. SPM kan penting...

Seronok pergi melancong ni....hilang stress...kalau dalam negara pun kita rasa seronok pergi melancong...apatah lagi bila berpeluang pergi ke luar negara....
  • Boleh nampak betapa bezanya cara hidup orang-orang di negara itu berbanding negara sendiri
  • Boleh dengar bahasa yang berbeza
  • Boleh tengok warna kulit berbeza
  • Boleh tengok budaya yang berbeza
  • Boleh tengok suasana yang berbeza (musim yang berbeza, cuaca yang berbeza, pokok-pokok yang berbeza)
Setiap negara yang kita pergi pasti berbeza...setiap negara ada keunikannya tersendiri....

Cuma keburukan melancong di luar negara ni bila negara tu:
  • Mempunyai bahasa yang berbeza dan tidak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan, lagi susah kalau kita tidak kenal huruf-huruf dalam bahasa mereka yang berbeza menyukarkan kita untuk pergi ke tempat-tempat yang di tuju....
  • Satu lagi masalah adalah Solat...kalau negara bukan islam susah nak cari tempat yang kita boleh solat. Walaupun boleh lakukan jama' dan qasar kadang-kadang memang tak sempat sebab bergantung kepada musim...kalau siang nya pendek tapi perjalanan jauh tak sempat pula nak solat.
  • Masalah makanan halal memang menjadi hal terutama kita yang beragama islam ni kalau di negara bukan islam tu susah nak cari makanan halal. Kebulur la kita kalau tak bawa apa-apa bekal....Bagi yang bukan beragama islam ni memang langsung tak ada masalah la fasal solat dan makanan ni...

Jadi tips semasa nak melancong ke luar negara ni...tips yang simple2 je:
  • Kaji tempat nak pergi...cuaca dan kemudahan dekat sana contohnya tempat makan yang halal dan tempat solat dan kemudahan dalam bilik hotel....supaya boleh buat persediaan macam bawa baju sejuk, longjohn (pakaian dalam untuk musim sejuk), dan persediaan makanan untuk dibawa ke sana terutamanya jika susah dapat makanan halal.

    Longjohn, boleh beli dekat kedai pakaian untuk travel...digalakkan pakai terutamanya musim winter

  • Bawa kompas yang ada panduan kiblat tu dan print siap2 masa masuk waktu solat dekat negara yang korang nak pergi.
  • Bawa bekal bila nak berjalan-jalan. Sebelum pergi ke luar negara tu bawalah makanan segera, makanan dalam tin ke, roti ke, boleh juga bawa serunding untuk dimakan bersama roti...kena sediakan takut dekat sana susah nak cari makan...
    Masa saya g switzerland....tak susa nak makan sebab tumpang rumah PA duta....so soal makan minum bila dekat rumah memang takde masalah.....tapi bila keluar jalan2......jauh perjalanan...tempat makan yang halal pun takda....tak bawa bekal pun....bila dah berjam2 perut mula la berkeriuk2....bila lalu gerai2 sosej telan air liur n cium bau je la.....sampai perut masuk angin...currency diorang masa tu 3 kali ganda duit kita...nak beli air mineral dalam rm 15, nak g toilet rm 6... bila balik malaysia da dapat pelajaran supaya lain kali bawa bekal bila nak keluar jalan2.......
    Bila saya ke turki tahun 2007 saya pergi dengan agensi travel...so memang takda masalah pasal makan minum...lagipun turki ni negara islam...takde masalah nak makan...cuma takut orang tak selera nak makan masakan diorg....diorang masak takda sos....kering2....macam kebab sume diorang suka perah lemon sebagai perasa....dan mesti ada yogurt walaupun makan dengan nasi.Tapi saya boleh terima...sebab yelah kan...bukan nye selalu dapat merasa makanan diorg...alang2 pergi negara orang kenalah rasa masakan diorg
    Tahun 2012, 1st time pergi ramai2 dengan kawan2 mak...di sebabkan da survey duduk apartment yang ada cooking heater...macam2 bwk untuk masak2. Kat turki senang nak cari makanan halal tapi kalo masak2 dapat jimat bajet...kitorang bawa dalam satu kotak kertas A4 penuh..sardin, tuna roti, maggi, mihun pama, serunding, sambal goreng ikan bilis & tempe, botol, pinggan & cawan & sudu garfu plastik, uncang teh, milo sachet, gula sachet, cili, santan kotak, bawang etc (benda2 basic), sos dan kicap..
    Seterika pun bawak tau!!!hahaha....
     
Besar macam ni la bawak....pastu check in....
     
    Pastu kawan mak bawa periuk nasi comel dan mak bawa kuali leper kecik (sbb tak berani nak guna yang disediakan takut tak suci dan tak halal...tah ape la orang2 sebelum ni masak dengan perkakas kat situ)
     
Comel je hehe...
Kuali pun bawak yang comel je...
     
    Masa bawak tu rasa macam buat penat je bawak...terseksa nak mengangkut barang2...macam nak pindah rumah!!! tapi bila dekat sana semua digunakan...berbaloi2...
    Jadi...Setiap kali sebelum keluar jalan2 kitorang bawa bekal (dah belajar dari kesilapan masa kat swiss tu) buat bekal macam sandwich la, nasi lemak la, nasi goreng dan bawa air botol....masa pg sana cuaca sejuk, makanan tak basi pun....kalau nak makanan panas bawak la bekas makanan thermos tu
     
Bekas makanan Thermos...salu orang letak bubur dalam ni untuk tahan panas....
     
    Negara macam Turki, makanan diorang tak bersos....tapi ade certain kedai ada...so bawak la peket sos cili ye untuk selesakan tekak korang makan makanan diorang.....masa kitorang makan kebab, nasib baik la mak bawa peket sos tu...sbb tekak kawan2 mak rasa loya nak makan tanpa sos....macam makan salad dan daging je...kat sana glemer dengan perahan lemon sebagai perasa.
     
    Kumpul sos2 ni dari kedai fastfood...penyelamat!!
    Bawa dalam bentuk sachet mudah dibawa dan jimat ruang
    Uncang Teh dalam bentuk sachet
    Gula dalam bentuk sachet...ambik dekat bilik hotel

       
      Untuk memudahkan pergerakan bawa lah bekas2 yang bersaiz kecik2 ya...supaya tak berat dan jimat ruang! nanti tak muat nak beli souvenir untuk sanak saudara, jiran2 dan rakan taulan =p
      Pastu kalau boleh bawa plastik yang boleh seal supaya tak la tumpah makanan dalam beg masa jalan2
       
    Tadaa!!.....senang letak dalam ni...makanan tak tumpah

    Terpulang lah nak bawa apa ya....kitorang bawak macam2 sebab senang nak masak2 sebab duduk dekat apartment yang ada fridge, cooking heater dan water heater....
    • Kalau ikut travel agensi lebih mudah sebab makanan pon mereka tanggung..tapi carilah travel agensi yang tahu fasal kemudahan untuk orang islam....naya pula kalau kita dibawa ke tempat makanan yang tak halal...nak solat pon susah... (cuma agensi travel kosnya mahal juga berbanding pergi tanpa agensi travel) 
    • Bawalah bateri extra untuk kamera (karang tak pasal2 nangis sebab bateri habis tak dapat tangkap gambar ) atau  bawa power bank supaya dapat charge in case bateri habis 

    Contoh Power Bank


    • Bawa beg extra...beg yang boleh lipat kecik2....sebab apa? haa....mesti kat sana shopping! kompom beg penuh dan tak muat nak letak dalam beg baju yang korang bawak tu.

    Perbezaan pergi sendiri dengan travel agensi???

    Memang banyak beza

    Dapat explore lebih.....adventure lagi!!!! masa pg travel agensi masa tu dah di tetapkan....kadang2 macam tak puas bershopping dalam 2 jam je dia bagi padahal kat bazar tu ada beratus2 kedai...balik hotel malam2 tak tau nak buat ape...jalan2 kedai2 tepi hotel. Di sebabkan tak puas shopping kitorg naik teksi...tapi macam kena tipu je (dia pusing2 tempat sama pastu charge mahal)

    Cuma harus diingatkan kalau nak pergi sendiri MESTI tahu nak kemana, pandai baca peta, buat banyak plan ABC ke tempat lain incase kalau plan tak jadi, dah belajar tips2 berjalan dekat negara tu...tahu nak pergi macammana dan dengan apa.....bajet macammana semua okeh....

    So far bagi saya Turki senang je pg sendiri dengan syarat lulus da apa saya cakap atas ni...sbb diorang ada kmudahan tram....elakkan naik teksi la....masa kitorang naik dulu macam kena tipu n pemandu teksi gatal (mungkin bukan semua la)....better naik tram...sampai je ke destinasi jugak...

    Jimat....Serius sangat jimat...masa dulu pergi dengan agensi...saya dengan mak dalam 5 ribu....agensi travel je ya....(nasib baik mak dapat tiket free sbb staf MAS)....masa pergi sendiri 1 k je termasuk berjalan2, apartment (tapi tiket free jugak la)...

    Cumanya dengan agensi travel diorang akan pastikan servis yang baik....macam naik kenderaan selesa, merasa naik cruz, makan restoren mahal2.....korang akan diberi pamplet aktiviti yang korang akan buat dekat sana. So pergi sana hanya perlu ikut je aktiviti tu dan tak perlu fikir tempat tinggal ke kenderaan semua....

    Sebenarnya terpulangla dekat bajet dan plan destinasi pada yang nak pergi sendiri tu.. Boleh jadi lebih baik dari servis agensi travel....Macam masa saya pergi ramai2 tu..banyak yang nak bajet2...so tak la dapat naik Cruz dengan makan restoren mahal2 sket...
    _____________________________________________________________________

    Saya lebih suka melancong ke tempat-tempat yang ada keindahan semula jadi....saya tak berapa minat melancong ke tempat-tempat yang menarik disebabkan bangunan yang bersejarah....Bagi saya apa lah menarik sangat dengan bangunan-bangunan...tapi kalau da berpeluang tu pergi saja lah...asalkan dapat melancong...haha.

    Bila kita pergi melancong ke luar negara...kita juga berfikir dan kagum tentang kejadian dan keindahan yang ALLAH ciptakan...betapa Maha Bijaksana tuhan menjadikan keindahan yang berbeza-beza... kagumnya lihat hamparan salji di kawasan pergunungan dan lereng-lereng...

    Lama rasa nya tak pergi melancong ke luar negara...rasa gian pula....Teringin nak pergi melancong lagi...saya belum pernah rasa musim salji...Yang saya pernah rasa hanya salji di pergunungan, bukan salji yg turun dari langit...Tapi orang cakap melancong semasa musim salji susah sebab tak boleh kemana, jalan banyak ditutup bila salji tu menghadang jalan. Cuaca pun terlalu sejuk dan menyukarkan kita nak berjalan-jalan. Musim yang saya pernah rasa hanya musim bunga dan luruh sahaja...Kedua-dua musim ni memang sejuk juga la....Ini lah salah satu keseronokan melancong ke luar negara sebab lain dari negara kita...tiap-tiap musim itu sendiri berbeza...dan antara negara lagi berbeza....kalau musim luruh kita boleh tengok daun-daun di pokok luruh...ada jenis-jenis pokok tertentu yang daunnya akan luruh...kalau di negara lain, lain pula jenis dan spesis pokok yang luruh...warna daun pun berbeza...mungkin warna coklat, kuning atau kuning keemasan...

    Sedih juga rasa, lepas ni susah la nak melancong lagi...Kalau lah saya banyak duit rasanya saya akan teruskan hobi ni akan akan datang sampai bila bila....tapi membazir kan kan? kos lagi membebankan kalau harga tiket pun kena tanggung..

    Kesimpulannya jom lah cuti-cuti malaysia!huhu....malaysia pun ape kurangnya...segalanya mudah...cuma tak dapat lah rasa  perbezaan yang ketara macam melancong ke luar negara...Bak kata orang hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri...baik negara sendiri (tak boleh nak terima pepatah ni sebenarnya...bukan emas lagi best kan...haha)

    No comments:

    Post a Comment

    Terima kasih kerana mengomen di sini

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails